Search This Blog

Sunday, 25 March 2018

Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu (J15)




PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti merekabentuk, mengendali dan mengurus peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pemesinan Jitu. Ia terdiri daripada tugas-tugas yang merangkumi konteks sejajar dengan pembangunan industri terkini. Pelajar akan mempelajari lukisan asas dan lanjutan dan reka bentuk (CAD/CAM) yang berkaitan Kejuruteraan, menggunakan peralatan Pengukuran (Metrology), mesin konvensional dan CNC melibatkan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai, EDM Die Sinking dan Wire Cut. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan, pengurusan dan mata pelajaran am seperti Fizik, Aplikasi Komputer, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam membangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani Latihan Industri pada akhir semester. Pelajar juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti tambahan dan kurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk dapat merekabentuk dan membangun atau mengubah dan meningkatkan sistem atau peralatan yang digunakan dalam proses pemesinan yang komplek serta mematuhi peraturan keselamatan dan prosedur yang ditetapkan.

TEMPOH LATIHAN

3 tahun (6 semester)

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

KELAYAKAN MASUK:

Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta memenuhi syarat minimum berikut:
Kepujian Bahasa Melayu
Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
Kepujian Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Teknikal /Vokasional
Mendapat satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran DAN
Lulus Bahasa Inggeris
Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN

Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemesinan Jitu ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) - (diiktiraf oleh MQA ) Rujukan : MQA/PA 5192
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-050-4:2012 Coordinator Manufacturing ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut
5-Axis Machinist Technician
QC Technician
CNC Programmer
CNC Machinist Technician
Product Designer
CAD/CAM Designer
Penolong Pegawai Latihan Vokasional

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
Click gambar ini untuk ke link pendaftaran JMTI

No comments:

Post a Comment