Search This Blog

Wednesday, 21 March 2018

Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (J14)

PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti merekabentuk, pemprosesan, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam teknologi pembuatan. Ia terdiri daripada tugas-tugas yang merangkumi konteks sejajar dengan pembangunan industri terkini. Pelajar akan mempelajari lukisan asas dan lanjutan dan reka bentuk (CAD/CAM) yang berkaitan Kejuruteraan, menggunakan mesin konvensional dan CNC melibatkan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai, EDM Die Sinking dan Wire Cut. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan, pengurusan dan mata pelajaran am seperti Fizik, Aplikasi Komputer, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam membangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani Latihan Industri pada akhir semester. Pelajar juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti tambahan dan kurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk dapat merekabentuk dan membangun atau mengubah dan meningkatkan sistem atau peralatan yang digunakan dalam proses dan industri pembuatan serta mematuhi peraturan keselamatan dan prosedur yang ditetapkan.

TEMPOH LATIHAN

3 tahun (6 semester)

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori.

KELAYAKAN MASUK:

i) Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
ii) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya serta memenuhi syarat minimum berikut: 
Kepujian Bahasa Melayu 
Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan 
Kepujian Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/ Teknikal /Vokasional 
Mendapat satu kepujian dalam mana-mana mata pelajaran DAN 
Lulus Bahasa Inggeris 
iii) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN 

Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) - (diiktiraf oleh MQA ) Rujukan : MQA/FA 6209 
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-050-4:2012 Coordinator Manufacturing ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

PELUANG KERJAYA:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut 
Manufacturing Technician 
QC Technician 
CNC Programmer 
Machinist Technician 
CNC Machinist Technician 
Product Designer 
CAD/CAM Designer 
Penolong Pegawai Latihan Vokasional 

PINJAMAN LATIHAN

Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).

Click gambar ini untuk ke link pendaftaran JMTI

No comments:

Post a Comment