Search This Blog

Sunday, 25 March 2018

Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (R04)

PENGENALAN KURSUS:


Kursus ini direka untuk melengkapkan pelajar agar dapat merangkumi tema sistem perindustrian, sistem perkilangan, proses pembuatan, reka bentuk dan kemahiran profesional untuk membolehkan pelajar bertindak balas terhadap cabaran dalam industri pembuatan dalam konteks global. Di samping itu, pelajar akan berupaya menggunakan prinsip dan teknik terkini pendekatan reka bentuk sistem pembuatan, untuk membangunkan pengetahuan kejuruteraan dan kemahiran serta kualiti intelektual, kreatif dan peribadi yang diperlukan serta menerapkan teknologi baru yang berkaitan dengan sistem pembuatan. Gabungan kemahiran teknikal dan profesional mereka membolehkan graduan mengembangkan karier mereka dalam pelbagai peranan dalam organisasi pembuatan, serta dalam bidang industri dan sektor perkhidmatan yang lebih luas.


TEMPOH LATIHAN

2 tahun 6 bulan (5 semester)

KAEDAH LATIHAN

Bagi peringkat diploma lanjutan, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 50% latihan amali dan 50% pengajaran teori.

KELAYAKAN MASUK:

Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
Memiliki DIPLOMA dari JMTi atau Diploma Teknologi atau Diploma Lain yang setaraf dengannya,
DAN
memiliki Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 dalam bidang berkaitan. (MC-050-4:2012 – Coordinator Manufacturing CAD/CAM)) atau (MC-050-04 – Executive Manufacturing (CAD/CAM).

PERSIJILAN

Diploma Lanjutan Teknologi Kejuruteraan Pembuatan ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 MC-050-5:2012 Management Manufacturing ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

PELUANG KERJAYA:


Graduan Diploma Lanjutan dalam Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Reka Bentuk Sistem) yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang teknologi system pembuatan, digabungkan dengan asas yang kukuh dalam prinsip akan membolehkan graduan menjawat jawatan-jawatan seperti berikut:
Manufacturing Engineer (CAD/CAM)
Process Engineer
Tooling Engineer
Production Engineer
Product Design Engineer
QA Engineer
Operation Manufacturing Manager





PINJAMAN LATIHAN
Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK).
Click gambar ini untuk ke link pendaftaran JMTI

No comments:

Post a Comment