Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam pembangunan teknologi pemesinan menekankan kepada unit-unit kecekapan terasnya seperti Operasi pemasangan Komponen, Pengendalian mesin CNC, NC Die Sinking Operation, CNC Electrical Discharge Machine Wire Cut Operation, CNC Grinding Machine Operasi, Pengawasan Operasi Pemesinan dan Pengawasan Penyelenggaraan Mesin. Graduan dalam kursus ini akan mempunyai kompeten dalam menjalankan pelbagai aktiviti kerja yang pelbagai, dilakukan dalam pelbagai konteks, yang kebanyakannya kompleks dan tidak rutin. Terdapat tanggungjawab dan autonomi yang besar dan kawalan atau bimbingan orang lain sering diperlukan.
TEMPOH LATIHAN
6 bulan
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat sijil tahap 3, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori.
KELAYAKAN MASUK:
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam MC-050-2:2012 MACHINING OPERATION
PERSIJILAN
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (MC-050-3:2015 – MACHINING OPERATION ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
PELUANG KERJAYA:
- Pemesinan AM
- Juruteknik CNC
KEMUDAHAN LATIHAN:
- Yuran Percuma
- Makan Percuma
- Elaun RM100.00 sebulan diberi.
Click gambar ini untuk link JMTI |
No comments:
Post a Comment