Tahap 2 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam pembangunan operasi pemesinan menekankan kepada unit-unit kecekapan terasnya seperti Operasi Pemansangan Komponen, Operasi Mesin Larik, Operasi Mesin Kisar, Operasi Mesin Canai, Operasi Pengendalian EDM Die Sinking, Operasi Mesin CNC Lathe dan Pencegahan Penyelenggaraan Mesin. Bagaimanapun Operasi Pengisar Alat dan Pemotong diletakkan sebagai unit kecekapan elektif. Graduan dalam kursus ini akan mempunyai kompeten dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kerja yang pelbagai, dilakukan dalam pelbagai konteks. Sesetengah aktiviti adalah tanggungjawab dan autonomi individu yang tidak rutin dan diperlukan.
6 bulan
KAEDAH LATIHAN
Bagi peringkat sijil tahap 2, latihan berteraskan kemahiran merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori.
KELAYAKAN MASUK:
Warganegara Malaysia berumur di antara 17 hingga 35 tahun.
Memiliki Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 (MC-050-2:2012 – MACHINING OPERATION ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
PELUANG KERJAYA:
Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, pelajar boleh mencari peluang pekerjaan seperti:-
Pemesinan AM
Juruteknik CNC
KEMUDAHAN LATIHAN:
Yuran Percuma
Makan Percuma
Elaun RM100.00 sebulan diberi.
Click gambar ini untuk link JMTI |
No comments:
Post a Comment